Monday, 16 November 2015

Breastfeeding 002 | Duhai ibu, susuilah anakmu~

11:16 pm | 0 Comment(s)










Terinspirasi dengan kawan pejabat ni, barulah rasa nak membaca pasai penyusuan ni
Walaupun puan eeiyss anak dah dua, tapi xberjaya menyusu secara xclusiv~ huhu
Jadi puan eeiyss tempek sini, senang nak rujuk lepas ni (kalau ada rezeki anak lg lepas ni...amin)












ni kawan puan eeiyss tu (^___^)

~Puan Afzan Mokhtar~


***
nak menjayakan penyusuan secara ekslusif ni kena ada jiwa yang kuat
Yup~ kuat
Seronok tengok ibu² yang menyusu anak depa secara ekslusiv ni, anak genius in syaa Allah
Baca saja xleh nak ingat, jd share untuk ibu² yang lain jugak

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 01
............................................................

Sebaik sahaja anda disahkan hamil, pasang niat dan azam untuk menyusukan anak anda sepenuhnya tidak kiralah sama ada anda suri rumah mahupun wanita bekerjaya
Tolak tepi segala perasaan seperti

" Boleh ke aku susukan anak aku nanti"

atau

" Ada ke susu nanti"

Setiap ibu pasti boleh susukan anak masing-masing..
Ia adalah fitrah dan tanggungjawab ibu kepada anaknya

***
Huhu~ sebak baca

It's fitrah dan tanggungjawab! 

#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Ilmu penyusuan kena ada, banyak sangat dari kita risaukan proses kelahiran, teknik pernafasan tapi kuranggg fokus untuk penyusuan~ huhu

Yup~

Kena baca pengalaman mereka yang bpengalaman dalam penyusuan, masalah², baru konfiden tu mai bila berhadapan realiti

Xgelabah~ penting ni

***nota untuk diri yang menaip ni 

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 02
............................................................

Sewaktu hamil lagi cuba buat research tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif

Dapatkan seberapa banyak ilmu yang boleh

Zaman sekarang mudah..semua di hujung jari..klik sana klik sini semua ada di depan mata..sama ada kita nak atau tak nak je

Rajinkan membaca dan boleh sertai komuniti ibu-ibu untuk dapatkan pengalaman mereka menyusukan anak-anak mereka

***

#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Bengkel penyusuan!!! Alhamdulillah ada sertai bengkel tapi wkt tu anjuran pejabat, jd p sorang 

Lepas ni usahakan untuk p bdua...

Penting! Sangat penting untuk suami p. Dia yang nak support kita jd dia kena tau apa peranan dia...

Sebab dia senyum ja kat kita pun dah bg satu suntikan magic unt kita teruskan penyusuan~ ini bkaitan kepenatan, stress dll masalah yang kita hadapi during confinement kita tu

***terharu pulak  i ♡ myhusband

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 03
............................................................

Bengkel penyusuan adalah satu usaha yang saya kira sangat berbaloi utk anda dan suami anda sertai sewaktu anda hamil

Ajak suami untuk ke bengkel sama2 dan supaya suami kita juga dapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu ini

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Peralatan yang lengkap mempengaruhi emosi jugak tau

Keselesaan

Jd, kena pandai urus kewangan wkt dsahkan hamil tu~ kumpui det kali sikit, wat bajet dan sediakan kperluan semua tu lebih awai~~~ tak kaluit, in syaa Allah

Niat elok, Allah permudahkan 

Amin

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 04
............................................................

Sekiranya anda wanita yang bekerjaya, sediakan peralatan utk membantu anda menjayakan penyusuan secara eksklusif ini

Jangan sayang utk "invest" sedikit untuk beli pam yang baik kualitinya (sebab kita boleh pakai lama)
Sediakan juga peralatan lain seperti "cooler bag", plastik/botol utk simpan susu dan sebagainya
Pastikan juga anda dapatkan ilmu yang secukupnya utk handle susu ibu dengan betul (cara simpan/cara cairkan susu)

Dan semua ilmu ini insyaALLAH anda boleh dapat dari bengkel penyusuan atau boleh gunakan khidmat pakcik google ♡♡♡

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Bila dah niat nk menyusu, perkara paling tak kurang pentingny opkos pemakanan waktu kehamilan 

Jangan makan untuk kitaaa ja, ingt kat baby yang cumil dalam rahim tu~~~

Apa dia nak makan bila dia lahir???

Jadi kena usaha jaga kesihatan dan pastikan makanan yang terbaik untuk dia d rahim dan akan jadi makanan terhebat kita dapat kasi sebagai meraikan dia bila dia keluaq jumpa kita 

Susu ibu!

***sebaknya!!!

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 05
............................................................

Jaga pemakanan sewaktu hamil lagi

Pastikan anda mengambil zat dan nutrisi yang secukupnya

Protein dan Kalsium adalah antara nutrisi yang paling penting sebagai persediaan utk penghasilan susu ibu

[Anda boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee dan ESP] in syaa Allah

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 06
............................................................

Sebaik sahaja baby lahir, pastikan jam yang pertama anda terus susukan baby anda

Ingat ya jam pertama ini sangat penting utk terus memastikan anda berjaya teruskan ke peringkat seterusnya

Jangan beri baby anda susu formula sebaik sahaja baby lahir sebab ia boleh menyebabkan baby keliru dan boleh menganggu penyususan susu ibu

Berbincang cara baik dengan staf di hospital dan beritahu pendirian anda utk menyusukan baby di jam pertama kelahiran

Alhamdulillah semakin banyak hospital kini yang sangat menyokong penyusuan ibu
Dan jangan lupa, 3 hari pertama bukan susu tapi "cecair emas" atau pun kolostrum yang sangat2 berharga

Pada peringkat ini ramai ibu-ibu baru yang keliru kerana mereka ingatkan mereka tiada susu dan ikut kata-kata orang utk beri baby dengan susu formula

Jadi wahai ibu-ibu semua please be alert ya 

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 07
............................................................

Pastikan emosi anda sentiasa terkawal dan...

please JANGAN STRESS ya wahai ibu-ibu semua

J.A.N.G.A.N.S.T.R.E.S.S

Sebab ia adalah musuh utama kita
Bila kita stress, secara tak langsung susu akan mula menyusut
Nak tau pasaipa? Nanti kita buat entry lain 

Jadi... JANGAN STRESS na

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung




...sambungan
............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 08
............................................................

Jaga pemakanan supaya apa yang kita makan tak beri kesan tak baik pada baby

Makan makanan berzat dan ambil suplemen utk pastikan badan kita sentiasa bertenaga dan supply susu sentiasa ada

[Boleh amalkan Set Penyusuan 3M dari Shaklee (^___^) in syaa Allah! Sangat membantu ]

Mom's Marvelous Milk
Making More Milk
Making Mummilicious Milk

❤Vita-Lea ❤B-Complex❤Vitamin C❤Ostematrix❤Alfafa Complex ❤ESP
***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung



...sambungan
............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 09
............................................................

Seperti yang saya kata tadi, sokongan suami sangat-sangat penting

Tak semestinya kita menyusu anak sepenuhnya suami  boleh lepas tangan macam tu je
Sama2 saling beri sokongan

Macam kalau malam kita bangun untuk susukan anak, encik suami boleh tolong tukarkan lampin baby

Encik suami juga boleh bantu isteri dengan kerja-kerja rumah contohnya cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya

Ada masa Encik Suami belailah isteri anda, berikan urutan kerana secara tak langsung urutan ini juga dapat melancarkan lagi penghasilan susu

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Tadi bersembang dgn sorg kawan (sumber inspirasiku eksyeli ❤❤❤) peria pun salah satu milk booster!

Leh try...

Niat sangat penting  fokus jangan lari  anak sihat dan kenyang dgn susu kita, hat tu yang dicari 

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 10
............................................................

Akhir sekali berbalik pada nawaitu kita

Kenapa kita nak susukan anak-anak kita?

Sebab trend kah?

Sebab nak ikut orang ke?

Yelah orang kat pejabat semua dok pam dan masing2 bangga dengan stok susu, takkan kita nak ketinggalan kan...

Tolong ya wahai ibu-ibu semua...

jangan sekali-kali ada pemikiran atau niat macam tu...

Ikhlaslah hati..bersihkan hati..Susuilah anak-anak kita dengan nawaitu yang baik dan kerana ia adalah hak anak-anak

Bukan semata nak kejar glemer atau ikutan semata

Bagi yang mungkin ada masalah dalam penyusuan jangan sekali patah semangat atau putus asa

Ramai Pakar Laktasi yang bertauliah di luar sana

Ambil masa untuk berjumpa mereka

Dan andaikata memang ditakdirkan untuk tidak dapat teruskan penyusuan atas sebab-sebab seperti kesihatan atau sebagainya, janganlah pula anda bersedih atau frust
Semua adalah ketentuan dari Allah...

kita harus redha...

yang penting kita dah usaha...

tapi kalau boleh datangkan mudarat janganlah diteruskan juga

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI


moga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua dan tanammmkan niat untuk menyusu anak-anak kita dengan penuh semangat

In Syaa Allah!

Kita semua boleh (^___^)v

No comments:

Post a Comment

Tags

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Miss Fifi. Designed by Miss Fifi.