Khas untuk semuaaaaa yang bergelar ibu
JANGAN BERHENTI, kita semuaaa sentiasa sokong anda, in syaa Allah
#supportbreastfeeding
Jangan bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan, sontohnya, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya
JANGAN ambil hati dan terlalu hiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik
JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman-teman yang sama-sama menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life. Hendak seribu daya
JANGAN kedekut untuk
membeli pam yang benar-benar berkualiti agar dapat memaksimumkan pengeluaran
susu ketika mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula
sekarang ini, saya rasa dalam dua tiga bulan dah boleh balik modal. Lagipun,
khasiat susu ibu langsung tidak boleh diukur dengan dengan wang ringgit
JANGAN lupa untuk menjaga pemakanan, agar anak kita akan sama-sama dapat manfaat dan khasiat daripada apa yang kita makan. Walaubagaimanapun, pada awal-awal kelahiran, cuba jauhkan daripada makanan atau minuman yang boleh memberi kesan kepada kualiti susu, contohnya ais, kafein, sayur-sayuran yang ber'angin' seperti brokoli
JANGAN abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan dan bayi anda supaya kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selesa
JANGAN sia-siakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan bayi semasa menyusu ~ belailah rambutnya, usik hidungnya, berbuallah agar hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra, In Syaa Allah sehingga dewasa kelak
JANGAN cepat putus asa jika
tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal ~ dapatkan
nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi ( di hospital mesra bayi atau
klinik yang ada pusat penyusuan) atau support group di internet dan mesia
sosial
JANGAN sesekali berkata susu anda tak cukup untuk bayi ~ In Syaa Allah, dengan cara yang betul, bayi anda mendapat susu yang cukup, dengan syarat
...Jangan berhenti
menyusukan bayi dan jangan lupa mengepam apabila anda berjauhan daripada
bayi...
JANGAN terlalu taksub untuk
menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluaran
susu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi membakar 200 - 500 kalori sehari. In Syaa
Allah, berat badan kita akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet.
Lagipun, kita mengambil masa 9 bulan untuk kembali kepada berat post-baby,
jadi, tidak logik rasanya jika mahu terus slim dalam masa dua tiga bulan,
bukan?
Salam Sayang,
eeiyss
#supportbreastfeeding
No comments:
Post a Comment