Thursday 23 April 2020

RAMADHAN | TIPS MINUM AIR SECUKUPNYA

10:58 pm | 0 Comment(s)
Assalamu'alaykum semua!

Harini 1 Ramadhan, Jumat pulak tu. Alhamdulillah.



Macam biasa bila masuk Ramadhan, macam mana nak kekalkan pengambilan air kosong yang secukupnya. Sebenarnya pengambilan air kosong sangatlah penting. Maklumlah, warna warna air di bazar Ramadhan tu macam malambai-lambai setiap kali lalu melepasi gerai air. Pelbagai warna dan magicnya, keinginan kita memiliki semua adalah tidak terbatas. Haha

Bila berbuka, dengan cuaca yang agak panas, tentulah minuman sejuk menyegarkan, selepas solat, air manis lagi, lepas terawih, air manis. Sahur ja jumpa air kosong tu pun segelas dah rasa tak boleh nak telan. Bila badan menerima air manis hampir setiap hari, urin jadi tak cun warnanya, keruh tanda kurangnya air kosong.

Tak elok untuk kesihatan jugak sebenarnya.

Jadi?

Jom kita cuba cukupkan 8 gelas sehari bermula harini. #PKP pulak tu, dari rumah, nafsu lebih terkawal - insyaa-Allah! Kita cuba okeh!




  • Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur 


Bangun ja, terus minum segelas air, kemudian baru solat sunat tahajjud dll, bersahur diikuti dengan segelas lagi selepas sahur.


  • Minum 2 Gelas Air Ketika Berbuka


Seeloknya, berbuka dengan air kosong dan kurma dahulu, kemudian tunaikan solat. Selepas solat maghrib, boleh la minum segelas lagi air kosong.


  • Minum 1 Gelas Air Selepas Makan


Selepas makan, akhiri dengan segelas air kosong sebelum memulakan solat isyak. Jika masih punya waktu, bertadarus dulu seisi keluarga sambil menunggu masuknya waktu solat (tips ketika #PKP).


  • Minum 2 Gelas Air Sebelum Solat Isyak & Selepas Terawih


Kalau tak minum selepas solat isyakpun, boleh minum diantara terawih. Selepas terawih rehat dengan segelas air kosong.


  • Minum Segelas Air Sebelum Tidur


Yang ni kak is akan minum bersama dengan #OsteMatrix dari Shaklee untuk rehatkan tulang dan lebih lena tidur dan bangun bertenaga untuk keesokkan harinya.

Moga kita semua mampu bangun lebih bertenaga untuk solat malam dan bersahur. Insyaa-Allah!

Selamat berpuasa semua!

Oh ya, kalau nak join Shaklee bawah team kak is, boleh klik link di bawah dan whatsapp kak is untuk guide. Daftar ahli untuk nikmati 20-25% harga barangan lebih jimat dan jika berminat berniaga tanpa modal dan stok, Shaklee lah jawapannya!

DAFTAR KEAHLIAH SEUMUR HIDUP | KLIK SINI
WHATSAPP KAK IS UNTUK GUIDE DAN BELIAN | KLIK SINI

Jumpa lagi next entry ;)


No comments:

Post a Comment

Tags

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Miss Fifi. Designed by Miss Fifi.