Monday, 16 November 2015

Breastfeeding 002 | Duhai ibu, susuilah anakmu~

11:16 pm | 0 Comment(s)










Terinspirasi dengan kawan pejabat ni, barulah rasa nak membaca pasai penyusuan ni
Walaupun puan eeiyss anak dah dua, tapi xberjaya menyusu secara xclusiv~ huhu
Jadi puan eeiyss tempek sini, senang nak rujuk lepas ni (kalau ada rezeki anak lg lepas ni...amin)












ni kawan puan eeiyss tu (^___^)

~Puan Afzan Mokhtar~


***
nak menjayakan penyusuan secara ekslusif ni kena ada jiwa yang kuat
Yup~ kuat
Seronok tengok ibu² yang menyusu anak depa secara ekslusiv ni, anak genius in syaa Allah
Baca saja xleh nak ingat, jd share untuk ibu² yang lain jugak

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 01
............................................................

Sebaik sahaja anda disahkan hamil, pasang niat dan azam untuk menyusukan anak anda sepenuhnya tidak kiralah sama ada anda suri rumah mahupun wanita bekerjaya
Tolak tepi segala perasaan seperti

" Boleh ke aku susukan anak aku nanti"

atau

" Ada ke susu nanti"

Setiap ibu pasti boleh susukan anak masing-masing..
Ia adalah fitrah dan tanggungjawab ibu kepada anaknya

***
Huhu~ sebak baca

It's fitrah dan tanggungjawab! 

#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Ilmu penyusuan kena ada, banyak sangat dari kita risaukan proses kelahiran, teknik pernafasan tapi kuranggg fokus untuk penyusuan~ huhu

Yup~

Kena baca pengalaman mereka yang bpengalaman dalam penyusuan, masalah², baru konfiden tu mai bila berhadapan realiti

Xgelabah~ penting ni

***nota untuk diri yang menaip ni 

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 02
............................................................

Sewaktu hamil lagi cuba buat research tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif

Dapatkan seberapa banyak ilmu yang boleh

Zaman sekarang mudah..semua di hujung jari..klik sana klik sini semua ada di depan mata..sama ada kita nak atau tak nak je

Rajinkan membaca dan boleh sertai komuniti ibu-ibu untuk dapatkan pengalaman mereka menyusukan anak-anak mereka

***

#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Bengkel penyusuan!!! Alhamdulillah ada sertai bengkel tapi wkt tu anjuran pejabat, jd p sorang 

Lepas ni usahakan untuk p bdua...

Penting! Sangat penting untuk suami p. Dia yang nak support kita jd dia kena tau apa peranan dia...

Sebab dia senyum ja kat kita pun dah bg satu suntikan magic unt kita teruskan penyusuan~ ini bkaitan kepenatan, stress dll masalah yang kita hadapi during confinement kita tu

***terharu pulak  i ♡ myhusband

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 03
............................................................

Bengkel penyusuan adalah satu usaha yang saya kira sangat berbaloi utk anda dan suami anda sertai sewaktu anda hamil

Ajak suami untuk ke bengkel sama2 dan supaya suami kita juga dapat pendedahan mengenai penyusuan susu ibu ini

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Peralatan yang lengkap mempengaruhi emosi jugak tau

Keselesaan

Jd, kena pandai urus kewangan wkt dsahkan hamil tu~ kumpui det kali sikit, wat bajet dan sediakan kperluan semua tu lebih awai~~~ tak kaluit, in syaa Allah

Niat elok, Allah permudahkan 

Amin

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 04
............................................................

Sekiranya anda wanita yang bekerjaya, sediakan peralatan utk membantu anda menjayakan penyusuan secara eksklusif ini

Jangan sayang utk "invest" sedikit untuk beli pam yang baik kualitinya (sebab kita boleh pakai lama)
Sediakan juga peralatan lain seperti "cooler bag", plastik/botol utk simpan susu dan sebagainya
Pastikan juga anda dapatkan ilmu yang secukupnya utk handle susu ibu dengan betul (cara simpan/cara cairkan susu)

Dan semua ilmu ini insyaALLAH anda boleh dapat dari bengkel penyusuan atau boleh gunakan khidmat pakcik google ♡♡♡

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Bila dah niat nk menyusu, perkara paling tak kurang pentingny opkos pemakanan waktu kehamilan 

Jangan makan untuk kitaaa ja, ingt kat baby yang cumil dalam rahim tu~~~

Apa dia nak makan bila dia lahir???

Jadi kena usaha jaga kesihatan dan pastikan makanan yang terbaik untuk dia d rahim dan akan jadi makanan terhebat kita dapat kasi sebagai meraikan dia bila dia keluaq jumpa kita 

Susu ibu!

***sebaknya!!!

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 05
............................................................

Jaga pemakanan sewaktu hamil lagi

Pastikan anda mengambil zat dan nutrisi yang secukupnya

Protein dan Kalsium adalah antara nutrisi yang paling penting sebagai persediaan utk penghasilan susu ibu

[Anda boleh amalkan Set Kehamilan Shaklee dan ESP] in syaa Allah

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 06
............................................................

Sebaik sahaja baby lahir, pastikan jam yang pertama anda terus susukan baby anda

Ingat ya jam pertama ini sangat penting utk terus memastikan anda berjaya teruskan ke peringkat seterusnya

Jangan beri baby anda susu formula sebaik sahaja baby lahir sebab ia boleh menyebabkan baby keliru dan boleh menganggu penyususan susu ibu

Berbincang cara baik dengan staf di hospital dan beritahu pendirian anda utk menyusukan baby di jam pertama kelahiran

Alhamdulillah semakin banyak hospital kini yang sangat menyokong penyusuan ibu
Dan jangan lupa, 3 hari pertama bukan susu tapi "cecair emas" atau pun kolostrum yang sangat2 berharga

Pada peringkat ini ramai ibu-ibu baru yang keliru kerana mereka ingatkan mereka tiada susu dan ikut kata-kata orang utk beri baby dengan susu formula

Jadi wahai ibu-ibu semua please be alert ya 

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 07
............................................................

Pastikan emosi anda sentiasa terkawal dan...

please JANGAN STRESS ya wahai ibu-ibu semua

J.A.N.G.A.N.S.T.R.E.S.S

Sebab ia adalah musuh utama kita
Bila kita stress, secara tak langsung susu akan mula menyusut
Nak tau pasaipa? Nanti kita buat entry lain 

Jadi... JANGAN STRESS na

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung




...sambungan
............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 08
............................................................

Jaga pemakanan supaya apa yang kita makan tak beri kesan tak baik pada baby

Makan makanan berzat dan ambil suplemen utk pastikan badan kita sentiasa bertenaga dan supply susu sentiasa ada

[Boleh amalkan Set Penyusuan 3M dari Shaklee (^___^) in syaa Allah! Sangat membantu ]

Mom's Marvelous Milk
Making More Milk
Making Mummilicious Milk

❤Vita-Lea ❤B-Complex❤Vitamin C❤Ostematrix❤Alfafa Complex ❤ESP
***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung



...sambungan
............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 09
............................................................

Seperti yang saya kata tadi, sokongan suami sangat-sangat penting

Tak semestinya kita menyusu anak sepenuhnya suami  boleh lepas tangan macam tu je
Sama2 saling beri sokongan

Macam kalau malam kita bangun untuk susukan anak, encik suami boleh tolong tukarkan lampin baby

Encik suami juga boleh bantu isteri dengan kerja-kerja rumah contohnya cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya

Ada masa Encik Suami belailah isteri anda, berikan urutan kerana secara tak langsung urutan ini juga dapat melancarkan lagi penghasilan susu

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI

...bersambung


...sambungan

Tadi bersembang dgn sorg kawan (sumber inspirasiku eksyeli ❤❤❤) peria pun salah satu milk booster!

Leh try...

Niat sangat penting  fokus jangan lari  anak sihat dan kenyang dgn susu kita, hat tu yang dicari 

............................................................
TIPS² UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIVE 10
............................................................

Akhir sekali berbalik pada nawaitu kita

Kenapa kita nak susukan anak-anak kita?

Sebab trend kah?

Sebab nak ikut orang ke?

Yelah orang kat pejabat semua dok pam dan masing2 bangga dengan stok susu, takkan kita nak ketinggalan kan...

Tolong ya wahai ibu-ibu semua...

jangan sekali-kali ada pemikiran atau niat macam tu...

Ikhlaslah hati..bersihkan hati..Susuilah anak-anak kita dengan nawaitu yang baik dan kerana ia adalah hak anak-anak

Bukan semata nak kejar glemer atau ikutan semata

Bagi yang mungkin ada masalah dalam penyusuan jangan sekali patah semangat atau putus asa

Ramai Pakar Laktasi yang bertauliah di luar sana

Ambil masa untuk berjumpa mereka

Dan andaikata memang ditakdirkan untuk tidak dapat teruskan penyusuan atas sebab-sebab seperti kesihatan atau sebagainya, janganlah pula anda bersedih atau frust
Semua adalah ketentuan dari Allah...

kita harus redha...

yang penting kita dah usaha...

tapi kalau boleh datangkan mudarat janganlah diteruskan juga

***
#empayarTSFI | 0175777137
#notauntukDIRI


moga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua dan tanammmkan niat untuk menyusu anak-anak kita dengan penuh semangat

In Syaa Allah!

Kita semua boleh (^___^)v

Breastfeeding 001 | Dear mom, who feels like she wants to QUIT

9:43 pm | 0 Comment(s)
Khas untuk semuaaaaa yang bergelar ibu

JANGAN BERHENTI, kita semuaaa sentiasa sokong anda, in syaa Allah

#supportbreastfeeding


Jangan bertangguh untuk mendapatkan bantuan atau sokongan sekiranya anda bermasalah dalam memulakan penyusuan, sontohnya, latching, inverted nipple, susu tak keluar, clogged ducts dan sebagainya


JANGAN ambil hati dan terlalu hiraukan pendapat orang yang boleh membunuh semangat anda untuk menyusukan bayi, yang mana mereka ini mungkin orang yang rapat dengan anda. JANGAN lupa untuk menolak dengan cara yang baik


JANGAN malas untuk mendapatkan ilmu tentang penyusuan ibu ~ anda boleh bertanya dengan teman-teman yang sama-sama menyusukan bayi, tak kira teman online atau in real life. Hendak seribu daya


JANGAN kedekut untuk membeli pam yang benar-benar berkualiti agar dapat memaksimumkan pengeluaran susu ketika mengepam. Rasanya kalau dibandingkan dengan harga susu formula sekarang ini, saya rasa dalam dua tiga bulan dah boleh balik modal. Lagipun, khasiat susu ibu langsung tidak boleh diukur dengan dengan wang ringgit


JANGAN lupa untuk menjaga pemakanan, agar anak kita akan sama-sama dapat manfaat dan khasiat daripada apa yang kita makan. Walaubagaimanapun, pada awal-awal kelahiran, cuba jauhkan daripada makanan atau minuman yang boleh memberi kesan kepada kualiti susu, contohnya ais, kafein, sayur-sayuran yang ber'angin' seperti brokoli


JANGAN abaikan postur badan ketika menyusu untuk mengelakkan sakit belakang. Gunakan bantal untuk menyokong lengan dan bayi anda supaya kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selesa


JANGAN sia-siakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan anda dengan bayi semasa menyusu ~ belailah rambutnya, usik hidungnya, berbuallah agar hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra, In Syaa Allah sehingga dewasa kelak


JANGAN cepat putus asa jika tidak dapat menyusukan bayi dengan sempurna pada peringkat awal ~ dapatkan nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi ( di hospital mesra bayi atau klinik yang ada pusat penyusuan) atau support group di internet dan mesia sosial


JANGAN sesekali berkata susu anda tak cukup untuk bayi ~ In Syaa Allah, dengan cara yang betul, bayi anda mendapat susu yang cukup, dengan syarat
...Jangan berhenti menyusukan bayi dan jangan lupa mengepam apabila anda berjauhan daripada bayi...


JANGAN terlalu taksub untuk menurunkan berat badan lepas bersalin sehingga memberi kesan kepada pengeluaran susu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi membakar 200 - 500 kalori sehari. In Syaa Allah, berat badan kita akan berkurangan dengan sendiri tanpa perlu berdiet. Lagipun, kita mengambil masa 9 bulan untuk kembali kepada berat post-baby, jadi, tidak logik rasanya jika mahu terus slim dalam masa dua tiga bulan, bukan?

Salam Sayang,
eeiyss
#supportbreastfeeding


Shaklee Perlis 002 | SI CANTIK, ya kamulah~

8:32 pm | 0 Comment(s)
Nak tau dak apa yang besnya Vitamin C ni untuk kamu, kita dan semua 



★ Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

★ Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

★ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

★ Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

★ Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

★ Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

★ Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.





Untuk konsultansi dan harga SUPER JIMATTT jangan malu-malu untuk hubungi puan eeiyss di
  0175777137 atau klik icon kat bawah ni na 




salam sayang,
eeiyss
Your  Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 11 November 2015

Shaklee Perlis 001 | Sustained Release Vitamin C 500mg

8:48 pm | 4 Comment(s)
Assalamu'alaykum semua

First entry untuk blog baru ni tentang Sustained Release Vitamin C 500mg atau SR Vitamin C atau Vitamin C 500mg atau Vitamin C dewasa  ahaks


Ni antara Vitamin yang wajib ada kat umah tau ;) Ramai orang bila sebut Vitamin C, kita opkos akan teruih ingat bab cantik kan? sebenaqnya Vitamin C ni palingggg best sebab dia boost imune kita, in syaa Allah


Jom kita tengok apa MANFAAT UTAMA Vitamin C ni

Meransang Pembentukan COLLAGEN - Collagen ialah sebatian asas bagi otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan
Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab utama kepada masalah gusi berdarah, lebam pada kulit, lambat pulih dari kecederaan atau luka, kulit kering, ruam dan kulit kasar serta bersisik
Meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, meningkatkan pemulihan alergi pada hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selesema
Memerangi CANCER - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan lebih berkesan
Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kepada masalah jeragat
Memperbaiki Insomnia - Vitamin C memperbaiki imsonia, stress dan masalah mental seperti keresahan. Secara ringkasnya Vitamin C bertindak sebagai Anti-Stress
Mengekalkan kolestrol pada paras yang sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan penyakit skurvi

Antara SIMPTOM KEKURANGAN Vitamin C dalam badan pulak macam kat bawah ni 

Mudah tertekan / Stress - sering rasa letih dan lemah
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
Luka yang lambat sembuh, kalau berlaku pendarahan lambat berhenti
Mudah selsema / bersin
Wajah nampak tua dari usia
Mudah dapat ulser
Mudah demam / antibodi tak kuat
Gusi berdarah
Salur darah mengecil
Sakit sendi
Tanda lebam pada badan
Weight loss (bukan kurus yang sihat tetapi kurus yang tak sihat, akan kelihatan lemah dan kusam)

Perbezaan Sustained Release Vitamin C dari Shaklee dengan yang ada kat pasaran pulak leh tengok kat bawah ni na 

Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara 'Sustained Release', berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24jam
Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara berperingkat dan berterusan selama 5jam
Satu tablet membekalkan 500mg vitamin c iaitu bersamaan 7 setengah biji oren
Membekalkan 'Bioflavonoids' dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin c dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement vitamin c. Ini bertujuan untuk mengelakkan salur darah dari bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, mengelakkan vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel


Ni serba sikit pasai MOST WANTED produk. Super jimattt, jangan malu-malu untuk hubungi puan eeiyss di 0175777137 atau klik icon kat bawah ni na


salam sayang,
eeiyss
Your Shaklee Independent Distributor

credit info: Lyana Hisham

Tags

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Miss Fifi. Designed by Miss Fifi.